Attila di barat Atilla

Sehingga akhir 450, Attila telah mengumumkan niatnya untuk menyerang kerajaan Visigoth di Toulouse yang berkuasa dengan persekutuan dengan Maharaja Valentinian III. Dia sebelumnya berada dalam perhubungan baik dengan Empayar barat dab pemerintah (de facto) mutlaknya Flavius Aetius—Aetius telah menghabiskan buangan sementara di kalangan Huns pada tahun 433, dan tentera yang dibekalkan oleh Attila bagi menentang Goths dan Bagaudae telah mendapatkan baginya gelaran kehormat magister militum di barat. Hadiah dan usaha diplomatik oleh Geiseric, yang menentang dan takutkan Visigoths, barngkali juga mempengaruhi rancangan Attila.

Bagaimanapun saudara perempuan Valentinian, Honoria, dalam usaha mengelakkan pertunangan paksa dengan seorang senator, telah menghantar utusan —dan cincinnya bagi merayu bantuan daripada raja Hun; pada musim bunga 450. Walaupun Honoria mungkin tidak bermaksud lamaran untuk perkahwinan, Attila memilih untuk mentafsir perutusannya sebegitu; dia menerima, meminta separuh daripada Empayar barat sebagai mas kahwin. Apabila Valentinian mengetahui rancangan tersebut, hanya pengaruh ibunya Galla Placidia menyakinkannya untuk menyingkir, bukannya membunuh, Honoria; dia juga menulis surat kepada Attila membantah dengan tegas mengenai sahnya cadangan perkahwinan itu. Attila, tidak yakin, menghantar perwakilan ke Ravenna untuk mengumumkan Honoria tidak bersalah, dan lamaran tersebut adalah sah, dan dia akan datang untuk mendapatkan kepunyaannya.

Sementara itu, Theodosius meninggal dalam kejadian menunggang, penggantinya Marcian membatalkan hantaran Hunspada akhir 450; dan pencerobohan berulang, oleh Huns dan yang lain, meninggalkan Balkans tiada apa untuk dirompak. Raja Salian Franks telah meninggal, dan perebutan takhta antara diua anaknya menimbulkan jurang antara Attila dan Aetius: Attila menyokong anak sulong, sementara Aetius menyokong siadik1. J.B. Bury percaya bahawa tujuan Attila, ketika dia bergerak ke arah barat, adalah untuk mengembangkan empayarnya—yang sudahpun merupakan yang paling kuat di benua—menyeberang Gaul ke persisiran Lautan Atlantik2. Pada masa Attila mengumpulkan penyokong-penyokongnya—Gepids, Ostrogoths, Rugians, Scirians, Heruls, Thuringians, Alans, Burgundians, dll. al.—dan mula bergerak ke barat, dia telahpun mengistiharkan niatnya untuk mendirikan perikatan dengan kedua-dua Visigoths dan dan Rom.

Pada tahun 451, dia tiba di Belgica dengan tentera yang dilapurkan oleh Jordanes sebagai berjumlah setengah juta dan menunjukkan hasrat sebenarnya. Pada 7 April, dia menawan Metz, dan Aetius bergerak untuk menghalangnya, mengumpul tentera di kalangan puak Franks, Burgundians, dan Celts. Misi oleh Avitus, dan pergerakan berterusan Attila kearah barat, menyakinkan raja Visigoth, Theodoric I (Theodorid) untuk bersekutu dengan Rom. Gabungan kedua tentera sampai di Orleans sebelum Attila3, dengan itu menghalang dan mengundurkan kemaraan orang-orang Hun. Aetius mengejar dan bertembung dengan puak Hun ditempat yang biasanya dijangkakan berhampiran dengan Châlons-en-Champagne. Kedua tentera bertempur dalam Pertempuran Chalons, yang berakhir dengan kemenangan bagi perikatan Gothic-Roman, walaupun Theodoric terbunuh dalam pertempuran. Attila berundur dibelakang sempadan, dan persekutuan itu dengan cepatnya bubar.